Thursday, November 25, 2010

Isteri cerewet

Diceritakan pada zaman Khalifah Umar Al-Khattab, ada seorang lelaki yang mempunyai isteri cerewet. Setiap hari ada saja benda yang dikomenkan kepada suaminya, menengking dan membantah. Kerana sudah tidak tahan lelaki itu datang kepada Saidina Umar untuk mengadu masalahnya. sesampainya di rumah khalifah Umar, lelaki itu mendengar isteri Khalifah Umar marah, menengking dan membantah. Tapi khalifah diam saja tidak melayan sungutan isterinya. "Ei..keadaan isteri Amirul Mukminin pun sama dengan isteriku. Kalau keadaan Amirul Mukminin dengan isterinya seperti itu, apatah lagi keadaan isteriku." kata lelaki itu pada dirinya sendiri. Dia mengambil keputusan untuk pulang dan tidak mahu membuat pengaduan. Tetapi baru saja dia berjalan beberapa langkah, tiba-tiba khalifah keluar memanggilnya. "Apa hajatmu?" tanya Saidina Umar. Pada mulanya lelaki itu tidak mahu menjawab tapi setelah didesak barulah dia menyampaikan hajatnya. "Wahai Amirul Mukminin, sebenarnya saya datang ke sini untuk mengadukan masalah isteri saya yang suka membantah dan cerewet. Akan tetapi sebaik saja saya sampai di sini, saya mendengar isteri Amirul Mukminin sama saja dengan isteri saya suka membantah dan cerewet. Maka saya pun berkata pada diri sendiri: "Jika keadaan Amirul Mukminin dengan isterinya seperti itu juga, apatah lagi drngan keadaanku." kata orang itu. Mendengar itu, Saidina Umar berkata: "Wahai saudaraku, saya terima isteri saya itu kerana dia banyak jasanya kepadaku. Dia sebagai tukang masak makananku, membasuhkan pakaianku dan menyusukan anak-anakku. Padahal kalau dikirakan semua itu adalah menjadi tugasku. Selain itu, dia juga telah dapat menahan hatiku dari berbuat haram. Oleh itu, aku redha dengan sifat cerewetnya." Kemudian lelaki itu berkata: " Keadaan isteriku demikian juga. Jadi kalau begitu akan aku tanggung sajalah semua ini. Hidup di dunia ini pun tidak lama.

Friday, November 19, 2010

Antara Dalil-Dalil Dari Quran dan Hadis Berkaitan Menutup Aurat

Sebagai seorang muslimah, perlu diketahui bahawa kewajipan menutup aurat adalah wajib bagi mereka yang telah baligh. Aurat wanita adalah seluruh tubuhnya kecuali muka dan dua tapak tangan. Berikut adalah dalil-dalil dari Al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w sebagai panduan kita bersama.

A-QURAN

1) "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab:59)

2) "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (Surah An-Nur:31)

  HADIS NABI S.A.W

1) “Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.” (Riwayat Bazzar dan At-Tirmizi)


2) Allah merahmati wanita-wanita Muhajirin yang pertama, apabila turunnya ayat (yang bermaksud) “…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka…”, serta-merta mereka mengoyakkan apa sahaja kain (yang ada di sekeliling mereka) lalu bertudung dengannya.” (Riwayat Al-Bukhari)

3) Bahawa Asma’ bint Abi Bakr (kakaknya) datang bertemu Nabi s.a.w. dalam keadaan pakaiannya nipis sehingga nampak kulit badannya, lalu Nabi s.a.w. pun berpaling daripadanya dan bersabda: “Wahai Asma’, seorang perempuan yang telah sampai haidh (baligh) tidak boleh dilihat (hendaklah bertutup) pada badannya melainkan ini dan ini” (sambil baginda menunjukkan ke arah wajah dan kedua pergelangan tangannya). (Riwayat Abu-Dawud

Kelas Pengajian Al-Quran Percuma

Program Pengajian Al-Quran di Yayasan Sekolah Al-Quran Kuala Lumpur secara percuma. Pengajian terbahagi kepada dua iaitu peringkat asas bacaan Al-Quran dan peringkat tilawah Al-Quran. Waktu pengajian adalah:

                                        
SESI PG
a) 8.00-9.00 pg
b) 9.15-10.15 pg                                                                              
c) 10.30-11.30 pg
d) 11.45-12.45 tgh
e) 1.00-2.00 ptg

SESI PTG
a) 3.30-4.30 ptg
b) 5.00-6.00 ptg
c) 6.05-7.05 ptg
d) 8.00-9.00 mlm
e) 9.10-10.10 mlm


Jadual Pengajian : 1 jam, 2 kali seminggu pada hari tersebut. Isnin & Selasa,
Rabu & Khamis, Sabtu & Ahad

Peserta yang terlibat dalam pengajian Al-Quran di YSAQKL adalah golongan dewasa lelaki mahupun perempuan berumur 13 tahun ke atas.

Untuk keterangan lanjut hubungi Ust. Nordin di talian 013-3765497 atau boleh menghantar pertanyaan di bahagian komen yang disediakan disebelah kanan blog ini. Terima Kasih.

Thursday, November 18, 2010

Lirik Lagu Terpilih Hijjaz

Rintihan

Biar berlinangan air mata
Ku takkan hentikannya
Biarkan ia menyembuh luka
Hilanglah rasa duka

Tidak ku termampu merentasi liku-liku
Oh sungguh ku tak mampu menghadapi semua itu
Oh sungguh ku tak upaya

Jangan dibiarkan jerih perih kehidupan
Bisa meleraikan iman...
Kan hancur semuanya
Walaupun menitis air mata darah
Tak bisa merubah segalanya
Melainkan taubat nasuha
Moga kan diterima...

( korus )
Namun ku percaya
Masih ada kesudahannya
Kerana allah itu
Maha kaya maha mendengar
Rintihan hamba-hambanya
Kerana sesiapa bertaqwa kepadanya
Pasti akan ada
Jalan keluarnya
Rezeki yang tidak disangka-sangka
Cukup allah baginya berkuasa segala-galanya
Terima seadanya

Rumahku Syurgaku  

Suami perlukan belaian dari isteri yang penyayang
Yang dapat melayani dan menghiburkannya
Serta pandai mengurus rumah tangga
Itulah harapan suami

Isteri juga sangat mengharapkan suami yang penyayang
Bertanggungjawab dan berhikmah dalam mendidik
Anak-anak akan bahagia dan tenang
Apabila ibubapanya berkasih sayang
Bertanggungjawab mengasuh dan mendidik
 
Ibubapa bahagia kalau anak-anaknya
Menyayangi mentaati dan memuliakan mereka
Rasa kasih murni antara suami isteri boleh rosak
Jika masing-masing tidak berakhlak

Cinta murni antara anak-anak dengan ibubapanya
Diikat kuat oleh cinta tabii
Yang semulajadi akan punah
Jika tidak disuburkan

Cinta suci akan subur
Apabila ada iman dan akhlak yang mulia
Iman dan akhlak mulialah menjadi penyebab
Membentuk keluarga yang bahagia
Dan berkasih sayang...
Sehingga lahirlah
Masyarakat
Penyayang dan negara makmur

Hasil daripada keistimewaan
Kasih sayang dalam rumah tangga.

Selamat Pengantin Baru

Bila dua hati dah terjalin
Selamatlah pengantin kami doakan
Moga redha Allah bersinar selalu
Tanda bermula bahtera hidup

Dalam melayari bahtera rumahtangga
Ada masa tenang dan masa gelisah
Jangan nafsu diikut melulu
Sabar dan kemaafan itu perlu

Beginilah resam manusia
Tak lari dari ketentuan Ilahi
Suami ketua isteri pembantu
Melangkah hidup saling berpadu
Susah dan senang hadapi bersama
Moga kekal ke anak cucu

Moga kekal hingga ke syurga

Permaisuri Hatiku

Di antara kekasih pilihan di hati
Punyai budi penghias diri
Wajahnya lembut biasan pekerti yang tinggi
Indahnya perhiasan duniawi

Di antara diriku jua dirimu
Hanya mengharap cinta yang satu
Ku binakan mahligai impian mu
Oh sayang ikhlaskanlah hati mu

Malumu bernilai
Katamu berhikmah
Hatimu tulus suci dan murni
Hanya diri yang halal
Engkau serahkan segala
Untuk mencari redha Ilahi

Benarlah! cinta buta melalaikan
Tanpa memikirkan batas syariatnya
Semuanya itu hanya ujian di dunia
Ia adalah mahar untuk kita ke syurga

( korus )
Kau permaisuri di hatiku
Di dunia ini kau penghibur
Menjunjung kasih amanah Ilahi
Ku cuba akan terus menyayangi
Terima kasih ucapan ku beri
Kau hadiahkan ku cahaya hati
Ku pimpin tanganmu oh kasih
Meniti hari

Semoga kita dapat bersama
Sampai kepadanya
Di syurga sana

Tuhan kekalkanlah
Permaisuri hatiku
Untuk menemani
Dalam menggapai cintamu


Puteri Ku Sayang

( 1 )
Aduhai puteriku sayang
Aduhai puteriku sayang
Puteriku sayang

Lembutmu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembutmu kan hiasan
Bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajahmu
Disebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada Ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

( ulang 1 )

Malumu mahkota yang tak perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Kecergasanmu umpama benteng negara dan agama
Dan dirobohkan dan jua dibinasakannya
Wahai puteriku sayang
Kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya

Aduhai puteriku sayang
Kau bunga kebanggaan
Aduhai puteriku sayang
Kau bunga idaman

Jalan Bahagia

Bukan intan permata
Bukan paras rupa
Pandangan Tuhan pada manusia
Beriman dan bertaqwa berakhlak mulia
Di sisi Tuhan itu yang utama
Siapa yang berbakti dengan ketabahan
Sabar menempuh ketentuan Tuhan
Baginya syafaat dunia akhirat
Kurnia Tuhan tidak terkira

Di dalam menjalani hidup didunia
Tiada lepas dari pancaroba
Kita yang diciptakan dengan kelemahan
Perlukan petunjuk panduan Tuhan
Tiada yang kuasa melainkan Dia
Mentakdir menentukan segalanya
Supaya selamat dunia akhirat
Tekun pada amal ibadah

Oh Tuhan yang Esa
Pada-Mu kami panjatkan doa
Moga dipeliharakan ditetapkan iman
Dunia ini penuh cabaran
Oh Tuhan yang Esa
Untuk-Mu kami tempuh segala
Pandanglah dengan rahmat-Mu
Pandangan kasih-Mu
Pimpinlah kami jalan bahagia
Selamanya

Sifat Mahmudah

( korus )
Inilah Sebahagiaan sifat mahmudah
Yang patut ada pada diri kita
Susah dimiliki payah dijaga
Hanya yang punya
Yang bermujahadah 2X

Ikhlas itu jiwa yang murni
Rahsia Allah di dalam hati
Terlalu sembunyi tapi dapat dikesan
Jika disuluh dengan saksama
Nista dan puji tiada berbeza

( ulang korus )

Redha sifat hati yang suci
Ujian yang tiba rasa gembira
Atau tiada apa terasa
Kerna menerima anugerah Tuhannya
Kerna menerima anugerah Tuhannya

Sifat Sabar sedikit berbeza
Ujian yang menimpa sakit dirasa
Tapi dapat ditahan perasaannya
Hanya bermain di dalam sahaja
Di luar tidak nampak terang nyata

( ulang korus )


Dia Kekasih Allah

Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Beerti cinta kepada Allah

Mata Hati

Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih

Hati kalau terlalu bersih
Pandangannya kan menembusi hijab
Hati jika sudah bersih
Firasatnya tepat kehendak Allah
Tapi hati bila dikotori
Bisikannya bukan lagi kebenaran

Hati tempat jatuhnya pandangan Allah
Jasad lahir tumpuan manusia
Utamakanlah pandangan Allah
Daripada pandangan manusia

Kata-Kata Hikmah Saidina Ali

Assalamualaikum..Saya ingin kongsikan kata-kata hikmah Saidina Ali k.w.h yang saya baca dari buku 400 kata-kata hikmah Saidina Ali k.w.h. Semoga kita sama-sama dapat mengambil manfaat daripada kata-kata hikmah ini InsyaAllah.

1) "Berbuat baiklah kamu kepada keturunan orang lain, nescaya terjaga keturunan kamu"

2) "Mengadakan mesyuarat mengundang hidayah daripada Allah s.w.t."

3)"Sebaik-baik sifat zuhud ialah menyembunyikan sifat zuhud tersebut."

4)"Hendaklah kamu mempelajari ilmu kerana ilmu merupakan hiasan bagi orang yang kaya dan pembantu kepada orang yang faqir."

5)"Aku sangat pelik apabila seseorang iti berputus asa (dengan keampunan Ilahi) sedangkan dia masih boleh memohon keampunan daripada Allah s.w.t."

6)"Janganlah engkau menghancurkan amalan kebaikanmu dengan bangga diri dan sombong."

7)"Berlembutlah dengan sesiapa yang berkasar denganmu kerana dengan cara itu dia hampir-hampir berlembut denganmu."

8)"Puasa bukanlah menahan diri daripada makan dan minum. Puasa ialah menahan diri daripada semua perkara yang dibenci oleh Allah s.w.t."

9)"Bertaqwa kepada Allah s.w.t adalah ketua segala akhlak yang mulia."

10)"Apabila engkau mendapat nikmat, hendaklah engkau meraikan kehadirannya dengan bersyukur."                                                   

Indahnya Perkahwinan

Assalamualaikum..
"Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Ar-Rum: 21)
 
       Perkahwinan merupakan cara untuk meletakkan perasaan kasih dan sayang kepada pasangan dilandasan yang betul. Ikatan perkahwinan merupakan ikatan yang dibina atas tuntutan agama dan bukan atas kehendak nafsu semata-mata. Perkahwinan yang bahagia disulami dengan ketaqwaan kepada Allah s.w.t. Perkahwinan dapat mengelakkan manusia daripada gejala-gejala tidak sihat dan yang dilarang oleh agama. Pilihlah wanita yang sesuai untuk dijadikan isteri kerana wanita yang baik tahu akan tanggungjwabnya kepada suaminya.

"Janganlah mengahwini wanita-wanita kerana kecantikan. Mungkin kecantikan itu memburukkan hidup. Jangan mengahwini mereka kerana harta, mungkin harta itu menyebabkan kezaliman mereka. Tetapi kahwinilah mereka atas dasar agama. Seorang sahaya yang hitam, berbibir tebal yang beragama adalah lebih baik. (Diriwayatkan oleh Ibn Majah).

"Wanita-wanita yang keji diperuntukkan untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji diperuntukkan untuk wanita yang keji pula, dan wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi waita yang baik pula." (An Nur: 26) 

      Alangkah indahnya perkahwinan yang dibina jika suami isteri menjalankan tanggungjawab yang sempurna. Jadikanlah Rasululullah s.a.w sebagai contoh terbaik dalam kehidupan berumahtangga. Baginda s.a.w merupakan suami yang penyayang dan ketua keluarga yang terbaik.Suami merupakan ketua keluarga dan isteri wajib taat kepada suami selagi tidak bercanggah dengan tuntutan agama. Antara tanggungjawab isteri ialah taat kepada suami, menjaga maruah suami, membelanjakan harta suami dengan betul dengan izin suami, meminta izin untuk keluar rumah, menghiburkan hati suami, berhias untuk suami dan lain-lain lagi. 

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Bila isteri itu mengerjakan sembahyang lima waktu, berpuasa bulan Ramadan, memelihara kemaluannya dan mematuhi suruhan dan larangan suaminya, maka akan dimasukkan dia ke dalam syurga." (riwayat Abu Hurairah) 
 
  Manakala tanggungjawab suami pula ialah memberi nafkah kepada isteri, menggauli isteri dengan baik, menyediakan keperluan isteri, mendidik isteri dan lain-lain lagi.


 Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Aisyah pernah ditanya apa yang dilakukan oleh Rasullulah SAW dalam rumahtangganya? Jawab Aisyah: Nabi SAW biasa membantu kepentingan keluarganya. Menyapu rumah, menjahit baju yang koyak, memperbaiki sepatu dan memerah susu kambing. Bila tiba waktu solat tiba baru baginda berhenti, kemudian menunaikan solat."

     Kesimpulannya, cinta halal yang dibina untuk mendapatkan rahmat Allah s.w.t akan memberikan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Semoga perkahwinan yang dibina kekal hingga ke syurga.