Ummul Mukminin Saudah Binti Zam'ah merupakan isteri Rasulullah SAW yang dikahwini oleh Baginda SAW selepas pemergian Ummul Mukminin Khadijah Binti Khuwailid. Para sahabat selalu memperhatikan Rasulullah SAW yang hidup bersendirian sepeninggalan Khadijah R.A. Mereka menginginkan Rasulullah SAW berkahwin lagi supaya ada orang yang mendampingi hidup Baginda SAW.
Khaulah Binti Hakim maju ke hadapan mengemukakan idea itu dan dia mengusulkan Aisyah R.A namun Aisyah R.A masih muda. Bagaimanapun ia mahu meminang Aisyah R.A untuk Nabi SAW, cuma menunggu masa sahaja hingga Aisyah R.A sampai kepada usia untuk berumahtangga. Rasulullah SAW mengizinkan Khaulah untuk meminang Aisyah R.A dan Saudah R.A. Setelah mendapat persetujuan, perkahwinan mulia ini pun berlangsung. Saudah R.A menjadi isteri Nabi SAW secara rasmi. Dia selalu membantu menyelesaikan kerja-kerja rumahtangga dan menyediakan segala keperluan Nabi SAW. Dahulu Saudah berhijrah ke Habsyah bersama suaminya untuk menyelamatkan agamanya. Kemudian suaminya meninggal dunia di sana dan dia menjanda di sana sebelum pulang ke Mekah. Setelah Aisyah mengahwini Nabi SAW, Saudah R.A cukup memahami kehadiran Aisyah R.A di hati Baginda SAW. Kerana itu ia memberikan hari gilirannya kepada Aisyah R.A.
Saudah R.A tetap ingin menjadi isteri Rasulullah SAW di dunia dan akhirat, walaupun dia memberikan hari gilirannya kepada Aisyah R.A setelah dia merasakan tidak lagi memiliki keinginan sebagai mana yang dimiliki wanita tambahan pula usianya yang sudah tua. Aisyah R.A selalu teringat perbuatan-perbuatan Saudah R.A dan kebaikan-kebaikannya hingga dia berkata, "Tiada seorang pun yang aku ingin berada dalam selimutnya selain Saudah R.A hanya saja dia berwatak keras." Ketika Saudah R.A meninggal dunia, Ibnu Abbas RA bersujud ke bumi dan ketika dia ditanya tentang perbuatannya itu, dia menjawab Rasulullah SAW bersabda, "Apabila kamu melihat suatu ayat maka bersujudlah!" Maka manakah ayat yang lebih besar daripada wafatnya isteri-isteri Nabi SAW?" Saudah R.A meninggal dunia ketika pemerintahan Saidina Umar AL-Khattab RA
Showing posts with label Kisah Isteri Rasulullah s.a.w. Show all posts
Showing posts with label Kisah Isteri Rasulullah s.a.w. Show all posts
Thursday, February 28, 2013
Tuesday, June 12, 2012
Keistimewaan Ummul Mukminin Khadijah RA
Khadijah ra merupakan wanita pertama yang dikahwini oleh Rasulullah saw. Malah Rasulullah saw tidak mempunyai isteri lain sepanjang hidup bersama Khadijah ra. Khadijah ra juga melahirkan putera dan puteri Rasulullah saw seramai 7 orang.
Ketika Jibril as datang kepada Nabi saw, dia berkata :”Wahai, Rasulullah, inilah Khadijah telah datang membawa sebuah wadah berisi kuah dan makanan atau minuman. Apabila dia datang kepadamu, sampaikan salam kepadanya dari Tuhannya dan aku, dan beritahukan kepadanya tentang sebuah rumah di syurga dari mutiara yang tiada keributan di dalamnya dan tidak ada kepayahan.”
Tatkala peristiwa penurunan wahyu pertama, Rasulullah saw ditenteramkan oleh Khadijah ra dan beliau mempercayai apa yang diceritakan oleh Rasulullah saw. Khadijah juga wanita pertama beriman kepada ajaran yang dibawa oleh suaminya saw.
Kematian Khadijah sangat memberi kesan kepada baginda hingga tahun kematian itu digelar tahun kesedihan tambahan pula bapa saudara Nabi saw iaitu Abu Talib juga pergi buat selama-lamanya.
Rasulullah saw sangat menyayangi Khadijah ra hinggakan baginda pernah bersabda: “Dia adalah seorang wanita yang terbaik, kerana dia telah percaya dan beriman kepadaku di saat orang lain masih dalam kebimbangan, dia telah membenarkan aku di saat orang lain mendustakanku, dia telah mengorbankan semua harta bendanya ketika orang lain mencegah kemurahannya terhadapku, dan dia telah melahirkan bagiku beberapa putera-puteri yang tidak ku dapatkan dari isteri-isteri yang lain”.
Tatkala peristiwa penurunan wahyu pertama, Rasulullah saw ditenteramkan oleh Khadijah ra dan beliau mempercayai apa yang diceritakan oleh Rasulullah saw. Khadijah juga wanita pertama beriman kepada ajaran yang dibawa oleh suaminya saw.
Kematian Khadijah sangat memberi kesan kepada baginda hingga tahun kematian itu digelar tahun kesedihan tambahan pula bapa saudara Nabi saw iaitu Abu Talib juga pergi buat selama-lamanya.
Monday, May 14, 2012
GURAUAN ANTARA AISYAH RA & SAUDAH RA
Aisyah adalah isteri Rasulullah yang paling muda. Oleh sebab masih
remaja, maka sifat keanak-anakan beliau kadang-kadang jelas kelihatan.
Pada suatu ketika, Aisyah bercerita, Nabi Muhammad s.a.w dan madu Aisyah,
Saudah binti Zam’ah ada bersama-samanya. Maka Aisyah pun memasak sejenis
makanan bergelar khazir.
Aisyah membawa makanan itu kepada mereka dan menyuakannya pada
Saudah. Katanya pada Saudah, “Makan, wahai Saudah.” Saudah menjawab,
“Aku tidak sukakan makanan ini.”
Aisyah pantas berkata, “Demi tuhan, kau harus makan makanan ini wahai
Saudah. Jika tidak akan kulumur mukamu dengannya. Saudah membalas, “Aku
tidak akan memakannya.”
Aisyah dengan spontan mengambil sedikit makanan itu daripada dalam
bekas dan dilumurkannya pada muka Saudah, sedangkan pada waktu yang sama
Rasulullah sebenarnya sedang duduk antara Aisyah dan Saudah.
Melihat kenakalan Aisyah, Rasulullah s.a.w merendahkan dirinya supaya
Saudah boleh membalas. Saudah terus mengambil bahagian daripada makanan
tersebut dan melumurkannya pada muka Aisyah pula.
Rasulullah s.a.w hanya tertawa melihat kejadian itu.
Subscribe to:
Posts (Atom)