Sunday, February 19, 2012
PINGGAN DIGANTI PINGGAN
Beberapa orang sahabat termasuk Anas Bin Malik sedang berkumpul bersama-sama Rasulullah SAW di bilik Ummul Mu'minin Aisyah ra. Sebentar kemudian datang satu pinggan penuh makanan yang dikirim oleh Ummu Salamah ra iaitu madu Aisyah ra. Isinya roti dan daging. Rasulullah SAW menyuruh para sahabat makan makanan itu, mereka pun makanlah. Sementara Aisyah ra sendiri sedang sibuk memasak makanan tetapi telah didahului oleh Ummu Salamah ra. Tidak lama kemudian makanan yang dibuat oleh Aisyah ra pun masak. Aisyah menghidangkan makanan yang dibuatnya sendiri dan mengangkat pinggan yang dihantar oleh Ummu Salamah ra. Tiba-tiba Aisyah ra memecahkan pinggan milik Ummu Salamah ra hingga berkecai. "Sila makan. Ibu kamu itu cemburu." kata Rasulullah SAW. Kemudian Rasulullah SAW mengirim pinggan Aisyah ra kepada Ummu Salamah ra sebagai gantinya. Pinggan diganti pinggan.
Subscribe to:
Posts (Atom)