"Wahai Fatimah, kalaulah dikala itu engkau mati sedang Ali tidak memaafkanmu, nescaya aku tidak akan menyembahyangkan jenazahmu,". Rasulullah saw memberi amaran kepada puterinya itu apabila perkara itu sampai ke pengetahuan baginda saw. Begitu sekali kedudukan seorang suami yang ditetapkan Allah swt sebagai pemimpin bagi seorang isteri. Betapa seorang isteri itu perlu berhati-hati dan sangat berhalus di saat berdepan dengan suami.
Apa yang dilakukan oleh Saidatina Fatimah itu bukanlah disengajakan. Apatah lagi bukan juga dia merungut-rungut, marah-marah, meninggi suara, bermasam muka, merajuk atau lain-lain karenah yang menyusahkan Saidina Ali. Begitupun Rasulullah saw tetap berkata begitu kepadanya meskipun Saidatina Fatimah merupakan puteri kesayangan baginda. Bagaimana dengan kita wahai isteri-isteri? renungkan...
Thursday, June 21, 2012
Pentingnya Redha Suami
Pada Suatu hari, puteri kesayangan Rasulullah saw iaitu Saidatina Fatimah Az-Zahra' telah menyebabkan suaminya Saidina Ali tersentuh hati dengan kata-katanya. Menyedari kesilapannya, Saidatina Fatimah segera meminta maaf berulang-ulang kali. Apabila dilihatnya air muka suaminya itu tidak juga berubah lalu dengan berlari-lari dia mengelilingi Saidina Ali. Tujuh puluh kali dia 'tawaf' sambil merayu-rayu memohon dimaafkan. Melihatkan aksi Saidina Fatimah itu, tersenyumlah Saidina Ali lantas memaafkan isterinya itu.
Tuesday, June 12, 2012
Keistimewaan Ummul Mukminin Khadijah RA
Khadijah ra merupakan wanita pertama yang dikahwini oleh Rasulullah saw. Malah Rasulullah saw tidak mempunyai isteri lain sepanjang hidup bersama Khadijah ra. Khadijah ra juga melahirkan putera dan puteri Rasulullah saw seramai 7 orang.
Ketika Jibril as datang kepada Nabi saw, dia berkata :”Wahai, Rasulullah, inilah Khadijah telah datang membawa sebuah wadah berisi kuah dan makanan atau minuman. Apabila dia datang kepadamu, sampaikan salam kepadanya dari Tuhannya dan aku, dan beritahukan kepadanya tentang sebuah rumah di syurga dari mutiara yang tiada keributan di dalamnya dan tidak ada kepayahan.”
Tatkala peristiwa penurunan wahyu pertama, Rasulullah saw ditenteramkan oleh Khadijah ra dan beliau mempercayai apa yang diceritakan oleh Rasulullah saw. Khadijah juga wanita pertama beriman kepada ajaran yang dibawa oleh suaminya saw.
Kematian Khadijah sangat memberi kesan kepada baginda hingga tahun kematian itu digelar tahun kesedihan tambahan pula bapa saudara Nabi saw iaitu Abu Talib juga pergi buat selama-lamanya.
Rasulullah saw sangat menyayangi Khadijah ra hinggakan baginda pernah bersabda: “Dia adalah seorang wanita yang terbaik, kerana dia telah percaya dan beriman kepadaku di saat orang lain masih dalam kebimbangan, dia telah membenarkan aku di saat orang lain mendustakanku, dia telah mengorbankan semua harta bendanya ketika orang lain mencegah kemurahannya terhadapku, dan dia telah melahirkan bagiku beberapa putera-puteri yang tidak ku dapatkan dari isteri-isteri yang lain”.
Tatkala peristiwa penurunan wahyu pertama, Rasulullah saw ditenteramkan oleh Khadijah ra dan beliau mempercayai apa yang diceritakan oleh Rasulullah saw. Khadijah juga wanita pertama beriman kepada ajaran yang dibawa oleh suaminya saw.
Kematian Khadijah sangat memberi kesan kepada baginda hingga tahun kematian itu digelar tahun kesedihan tambahan pula bapa saudara Nabi saw iaitu Abu Talib juga pergi buat selama-lamanya.
Saturday, June 9, 2012
Larangan Memakai Rambut Palsu
Seorang wanita telah datang menemui Rasulullah saw, katanya:
"Ya Rasulullah, saya mempunyai seorang anak perempuan remaja yang telah diserang penyakit demam campak yang menyebabkan rosak atau gugur rambutnya, adakah boleh saya memakaikannya dengan rambut palsu?" Rasulullah saw menjawab: " Allah mengutuk perempuan yang menjadi tukang rambut palsu dan perempuan yang memakai rambut palsu." (HR. Bukhari dan Muslim)
Daripada Hamid bin Abd Rahman bin Auf beliau telah mendengar Muawiyah berucap di musim haji di atas suatu mimbar sambil beliau mencapai seikat rambut daripada tangan seorang pengawal, katanya:
"Hai penduduk kota Madinah, di manakah ulama'-ulama' kamu? Saya telah mendengar Rasulullah saw melarang perbuatan seumpama ini sabdanya: "Sesungguhnya kemusnahan Bani Israel (bangsa yahudi) itu ketika kaum wanitanya memakai (rambut palsu)." (HR. Bukhari dan Muslim) (imej hiasan shj)
Subscribe to:
Posts (Atom)