| HADITH: |
| Dari Al-Bara' bin 'Azib r.a katanya: Kami telah keluar bersama-sama Nabi s.a.w, mengiringi jenazah seorang lelaki dari kaum Ansar, lalu kami sampai ke kuburnya yang disediakan. Rasulullah s.a.w pun duduk lalu kami duduk disekelilingnya dengan keadaan tidak bergerak dan membisu; manakala Baginda s.a.w pula mencucuk-cucuk tanah dengan seranting kayu yang ada di tangannya. Setelah itu Baginda s.a.w mengangkat kepalanya lalu bersabda: "Mintalah kamu perlindungan kepada Allah dari azab kubur", (diulanginya sabdanya itu) dua atau tiga kali; kemudian Baginda s.a.w bersabda lagi: "Sesungguhnya hamba Allah yang mukmin (ketika hendak mati) apabila ia berada dalam keadaan terputus dari dunia dan sedang menghadapi akhirat, akan turunlah kepadanya Malaikat-malaikat dari langit, putih bersih muka mereka, seolah-olah matahari, dengan membawa kain kapan bersama mereka dari kain-kain kapan syurga, dan Hanut (Pachai iaitu serbuk campuran dari benda-benda yang harum yang ditabur kepada mayat semasa dikapankan) dari yang ada di syurga, sehingga mereka duduk jarak daripadanya sejauh mata memandang. Kemudian datang Malakulmaut a.s lalu duduk di sisi kepalanya sambil menyerunya dengan berkata: "Wahai jiwa yang baik! Keluarlah (dan pada satu riwayat ada disebutkan: Orang yang hendak mati dihadiri - saat naza'nya - oleh Malaikat, maka sekiranya orang itu seorang yang salih, berkatalah Malaikat: "Keluarlah engkau….) menuju ke tempat keampunan dan keredhaan Allah". Baginda s.a.w bersabda lagi: "Kemudian roh orang itu keluar - mengalir seperti mengalirnya setitik air dari mulut bekas air (yang terbuat dari kulit kambing), lalu Malakul maut mengambilnya, maka apabila ia mengambilnya, Malaikat-malaikat (yang ditugaskan untuk itu) tidak membiarkannya ditangan Malakul maut walau sekelip mata sekalipun lalu mereka mengambilnya kemudian meletakkannya di dalam kain kapan dan Hanut yang tersebut; dan keluar pula dari roh itu bau yang harumnya seperti seharum-harum kasturi yang terdapat di atas muka bumi." Baginda s.a.w bersabda lagi: "Kemudian mereka membawanya naik ke langit, maka mereka tidak melalui (semasa membawanya) mana-mana kumpulan Malaikat melainkan kumpulan Malaikat itu berkata: "Roh yang baik ini roh siapa?" Mereka menjawab: "Roh si anu anak si anu' (dengan menyebutkan sebaik-baik namanya yang biasa mereka menamakannya dengan nama-nama itu di dunia), (demikianlah halnya) sehingga berakhirlah perjalanan mereka membawanya ke langit yang pertama; setelah itu mereka meminta dibukakan pintu langit untuknya, lalu dibukakan pintu untuk mereka; kemudian Malaikat-malaikat yang berkedudukan istimewa di sisi Tuhan dari penduduk tiap-tiap langit menghantar roh itu beramai-ramai hingga ke langit yang berikutnya, sehinggalah mereka berhenti membawanya di langit yang ketujuh. Setelah itu Allah 'Azza wa Jalla berfirman kepada Malaikat-malaikat (yang ditugaskan untuk itu): "Simpanlah suratan amal hambaKu ini dalam 'illiyyin (tempat simpanan surat amal orang-orang yang berbakti) dan bawalah dia balik ke bumi, kerana sesungguhnya Aku telah menciptakan manusia dari bumi, dan ke bumi juga Aku kembalikan mereka, serta dari bumi pula Aku keluarkan mereka sekali lagi". Baginda s.a.w bersabda lagi: "Dan sesungguhnya orang yang kafir (ketika hendak mati) apabila ia berada dalam keadaan terputus dari dunia dan sedang menghadapi akhirat, akan turunlah kepadanya Malaikat-malaikat dari langit, hitam muka mereka, dengan membawa kain-kain kasar seperti kain kadut; lalu mereka duduk jarak daripadanya sejauh mata memandang. Kemudian datang Malakal maut, lalu duduk di sisi kepalanya sambil menyerunya dengan berkata: "Hai jiwa yang jahat! Keluarlah (dan pada satu riwayat disebutkan: Maka apabila orang itu orang jahat, berkatalah Malaikat: "Keluarlah engkau….) menuju ke tempat kebencian dan kemurkaan Allah". Baginda s.a.w bersabda lagi: "Kemudian roh orang itu berselerak di merata jasadnya (kerana takut hendak keluar), lalu disentap rohnya itu oleh Malakul maut sebagaimana sebatang besi pembakar daging disentap dari segumpal bulu yang basah; Malakul maut pun mengambilnya, maka apabila ia mengambilnya, Malaikat-malaikat (yang ditugaskan untuk itu) tidak membiarkannya di tangan Malakul maut walau sekelip mata sekalipun sehingga mereka meletakkannya dalam kain kasar yang tersebut; dan keluar pula dari roh itu bau yang sebusuk-busuk bau bangkai yang ada di atas muka bumi. Kemudian mereka membawanya naik ke langit, maka mereka tidak melalui (semasa membawanya) mana-mana kumpulan Malaikat melainkan kumpulan Malaikat itu berkata: "Roh yang jahat ini roh siapa?" Mereka menjawab: "Roh si anu anak si anu," (dengan menyebutkan seburuk-buruk namanya yang biasa dipanggil dengan nama-nama itu di dunia); (demikianlah halnya) sehingga berakhirlah perjalanan mereka membawanya ke langit yang pertama, setelah itu mereka meminta dibukakan pintu langit untuknya, tetapi tidak dibukakan baginya. Kemudian Rasulullah s.a.w membaca (ayat 40 Surah al-A'raf ertinya): "…..Tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk syurga hingga unta masuk di lubang jarum…..". (Kemudian Baginda s.a.w bersabda): "Lalu Allah 'Azza wa Jalla berfirman kepada Malaikat: "Simpalah suratan amal jahatnya di dalam sijjin (tempat simpanan surat amal jahat orang-orang yang berdosa), yang letaknya di bumi yang terkebawah sekali. Lalu dicampakkan rohnya ke situ…….." Al-Bara' bin 'Azib r.a |
Saturday, October 22, 2011
KEADAAN SESEORANG KETIKA SAMPAI AJALNYA
Thursday, October 6, 2011
TIDAK MERENDAHKAN PEMBERIAN SUAMI SERTA TIDAK MENCARI-CARI ALASAN UNTUK MEMINTA CERAI
Rasulullah SAW bersabda:
"Jika seorang isteri berkata kepada suaminya, belum pernah aku mendapatkan atau merasakan kebaikan darimu, maka beerti telah gugur amalnya." (HR Ibn. Ady danAs-Syakir)
'Tiap isteri yang meminta cerai kepada suaminya tanpa alasan yang dapat dibenarkan, maka haram atasnya bau syurga." (HR Abu Daud)
"Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Jika isteri berkata kepada suaminya: Talaklah aku/ceraikan aku! maka nanti di hari kiamat ia tidak berdaging, lidahnya keluar melalui tengkuknya dan akan dimasukkan ke dalam neraka jahanam walaupun ia puasa disiang hari dan solat malam." (Hadis dari Abu Bakar As-Siddiq)
(dipetik dari buku 111 wasiat Rasulullah saw utk wanita solehah)
Sunday, September 25, 2011
لو كان بيننا (If the beloved (s.a.w.) were among us)
Saya ingin berkongsi lagu Lau Kaana Bainana ini.. Setiap kali mendengar lagu ini pasti menitis air mata ini kerana melodi lagu ini indah serta menambahkan lagi rindu saya pada Rasulullah SAW yg amat dikasihi. Selawat dan salam kepada mu wahai Kekasih Allah, Semoga Allah SWT akan merahmatiku kerana mengasihimu wahai Rasul. Ya Allah, jadikanlah aku hamba-Mu yang dekat kepada-Mu dan Kekasih-Mu dengan mengikut segala ajaran dan contoh akhlak yang baik dari Kekasih-Mu, MUHAMMAD SAW. Amin Ya Rob...
لو كان بيننا الحبيب
لدنا القاصي والقريب
من طيبة قبل المغيب
طالباً قرب الحبيب
بقربه النفس تطيب
وتدعوا الله فيجيب
أنوار طه لا تغيب
بلغنا لقاه يا مجيب
فدتك روحي يا حبيب
محمد مكرم الغريب
بقربك الروح تطيب
يا رحمة للعالمين
لدنا القاصي والقريب
من طيبة قبل المغيب
طالباً قرب الحبيب
بقربه النفس تطيب
وتدعوا الله فيجيب
أنوار طه لا تغيب
بلغنا لقاه يا مجيب
فدتك روحي يا حبيب
محمد مكرم الغريب
بقربك الروح تطيب
يا رحمة للعالمين
meanings:
If the beloved (s.a.w.) were among us
Those from far & near will come to him (s.a.w.)
Hoping to see the sun of goodness before it sets
Desiring to be near to Him (s.a.w.)
In this company the soul feels great
On that moment If it prays to Allah, Allah will surely answer
The light of Taha (s.a.w.) will not cease to exist
Oh Ya who answers prayer please fulfill our hope to meet him (s.a.w.)
I am willing to sacrifice my life for you
Oh beloved (s.a.w.)
Muhammad s.a.w. honor of strangers
In your company the soul feels great
Oh mercy to all the worlds (s.a.w)
Thursday, July 28, 2011
Calon Isterinya Di Syurga
Diriwayatkan oleh Abdullah ibnu Nafi' yang telah mengatakan bahawa Ar-Rabi' bin Khatsyam bermimpi, lalu dikatakan kepadanya: "Sesungguhnya si Fulanah adalah calon isterimu di syurga." Pada pagi harinya ia menanyakan perihal mimpinya, lalu ditunjukkanlah kepadanya tempat wanita itu berada. Tiba-tiba ia menjumpainya sedang menggembala beberapa ekor kambing ternakan yang ada padanya. Ar-Rabi' berkata kepada dirinya sendiri: "Sesungguhnya aku akan menginap di tempatnya untuk melihat apa saja yang dlakukannya. "Ar-Rabi' pun tinggal di tempatnya selama tiga hari, tetapi dia tidak melihat wanita itu melakukan amalan apa pun selain amal fardhunya. Apabila hari telah petang, dia menuju ke tempat kambing miliknya untuk memerah susunya, lalu duduk dan minum, kemudian memerahnya lagi dan memberikannya kepada Ar-Rabi'. Pada hari ketiga Ar-Rabi' bertanya kepada wanita itu: Mengapa engkau tidak memberiku minum dari kambing ini?" Wanita itu menjawab: Wahai hamba Allah, sesungguhnya kambing itu bukan milikku. Ar-Rabi' bertanya lagi: "Mengapa engkau tidak memberiku minum dari kambing itu?" Wanita itu menjawab: Sesungguhnya kambing ini diamanahkan kepadaku, aku bole minum air susunya dan boleh pula memberi minum sesiapa saja yang kusukai." Ar-Rabi' berkata: "Hai kamu, apakah engkau tidak punya amalan lain, kecuali hanya apa yang kulihat?." Dia menjawab: Tidak juga, tetapi tidaklah sekali-kali aku berada pada pagi hari dalam suatu keadaan, melainkan aku tidak pernah berangan-angan untuk mendapatkan keadaan yang lainnya, kerana reda dengan rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepadaku." Ar-Rabi' selanjutnya berkata: "Hai kamu, sekarang aku mengetahui mengapa engkau akan menjadi calon isteriku di syurga nanti". Wanita itu menjawab: "Kalau begitu engkau adalah Ar-Rabi' ibnu Khatsyam."
Ketika ditanya: "Bagaimana wanita itu boleh mengetahui hal tersebut?: Barangkali wanita itu pun mengalami mimpi yang sama dengan mimpi yang dialami oleh Ar-Rabi'."
(sumber dari buku Pesanan penting Untuk Wanita, Jangan terpedaya)

Tuesday, June 21, 2011
Nilai Maruah Seorang Wanita
"Lihatlah panorama dunia, wanita bagaikan hilang rasa malunya, maruah yg menjadi maharnya, tergadai sia bagai tiada berharga...di mnkah budinya...dimanakah akhlaknya..."
Lagu dari kumpulan Hijjaz yang bertajuk DILEMA ini sering kali membuat saya terfikir, adakah saya tergolong dalam golongan ini? Ya ALLAH, lindungilah aku dari menjadi golongan seperti ini. Kadangkala, keadaan dunia ketika ini amat menakutkan apabila difikirkan kerana terlalu banyak maksiat yang semakin berleluasa. Pembuangan anak sering menghiasi surat khabar manakala zina pula semakin bercambah. Hidup di akhir zaman ini membuatkan saya terfikir, adakah saya sudah cukup menjaga akhlak sebagai wanita dan isteri? Adakah saya sudah cukup memelihara maruahku daripada dicemari walaupun sebesar zarah? Sebagai seorang wanita sudah tentu saya sering memikirkannnya. Dalam hati ini sudah tentu saya ingin menjadi wanita solehah dan berbakti kepada suami sepertimana mulianya Khadijah RA isteri Junjungan yang mulia Rasulullah SAW. Saya juga ingin menjadi seperti Puteri Baginda SAW iaitu Fatimah Az-Zahra RA. Perkenankan lah ya ALLAH.
Alangkah indahnya dunia ini jika wanita menjaga maruahnya. Zaman yang penuh cabaran ini menjadikan manusia semakin leka dibuai arus kemodenan dan agama pula diketepikan. Wahai saudara ku yg bernama wanita, ingatlah bahawa di neraka wanitalah yang paling ramai menjadi penghuninya. Ingatlah bahawa amat mudah sekali untuk wanita ke syurga..pilihlah jalan yang benar, jalan yang lurus supaya kita mampu memilih jalan yang membawa kita kepada keredhaan ALLAH SWT. semoga ALLAH memelihara kita dari azab-Nya dan menjadikan kita wanita solehah, muslimah sejati. Amin...

Monday, May 30, 2011
Wanita Mudah Masuk Ke Syurga
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: "Wahai anakku Fatimah, orang perempuan yang menenun dan menjahit pakaian suami dan anak-anaknya diwajibkan ia masuk syurga dan diberikan oleh Allah kepadanya kota di dalam syurga untuk setiap orang yang memakai pakaian hasil jahitannya."
Diriwayatkan oleh Aisyah bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: " Tidak seorang wanita yang berhaid melainkan haidnya menjadi penebus dosa baginya. Pada hari pertamanya ia dipastikan oleh Allah bebas daripada neraka, melintasi sirat, aman dari azab dan diberi untuk tiap-tiap satu hari satu malam darjat 40 syahid selama ia ingat dan berzikir kepada Allah di masa haidnya."
Diriwayatkan oleh Abdullah Ibnu Mas'ud bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: "Jika seorang perempuan membasuh pakaian suaminya, Allah mencatatkan baginya 1000 pahala, diampunkan baginya 2000 dosa dan meminta ampun baginya segala sesuatu yang disinari matahari serta diberinya 1000 tingkat darjat."
(dipetik dari buku wanita penghibur suami)

Saturday, April 23, 2011
Perintah Rasulullah untuk Menghadiri Undangan
Sudah selayaknya seorang muslim mengundang saudaranya untuk makan bersama apabila mendapatkan kenikmatan mahupun dalam rangka menyelenggarakan walimah pernikahan. Hal itu merupakan salah satu bentuk rasa syukur kepada Allah S.W.T atas nikmat yang telah dilimpahkan kepadanya. Selain itu juga untuk mempereratkan rasa persaudaraan dan kekerabatan.
Di sisi lain, orang yang diundang harus berusaha untuk dapat menghadiri undangan, sebagai tanda ketaatan kepada Rasulullah S.A.W yang telah memerintahkan untuk menghadiri undangan. Seperti yang disebutkan dalam hadis dari Ibnu Umar RA bahawa Nabi S.A.W pernah bersabda bermaksud:
"Apabila salah seorang diantara kalian diundang ke suatu walimah, maka hendaklah menghadirinya."
(Riwayat Bukhari)
Selain sebagai tanda ketaatan kepada Rasulullah S.A.W, menghadiri undangan tersebut juga wujud penghormatan bagi orang yang mengundang dan sekaligus rasa syukur kepadanya, kerana orang yang tidak bersyukur kepada manusia beerti tidak bersyukur kepada Allah sebagaimana hadis yang bermaksud:
"Tidaklah bersyukur kepada Allah orang yang tidak bersyukur kepada manusia"
(Riwayat Bukhari)
*Dipetik dari buku cara Makan dan Minum Nabi

Subscribe to:
Posts (Atom)