Thursday, November 25, 2010
Isteri cerewet
Diceritakan pada zaman Khalifah Umar Al-Khattab, ada seorang lelaki yang mempunyai isteri cerewet. Setiap hari ada saja benda yang dikomenkan kepada suaminya, menengking dan membantah. Kerana sudah tidak tahan lelaki itu datang kepada Saidina Umar untuk mengadu masalahnya. sesampainya di rumah khalifah Umar, lelaki itu mendengar isteri Khalifah Umar marah, menengking dan membantah. Tapi khalifah diam saja tidak melayan sungutan isterinya. "Ei..keadaan isteri Amirul Mukminin pun sama dengan isteriku. Kalau keadaan Amirul Mukminin dengan isterinya seperti itu, apatah lagi keadaan isteriku." kata lelaki itu pada dirinya sendiri. Dia mengambil keputusan untuk pulang dan tidak mahu membuat pengaduan. Tetapi baru saja dia berjalan beberapa langkah, tiba-tiba khalifah keluar memanggilnya. "Apa hajatmu?" tanya Saidina Umar. Pada mulanya lelaki itu tidak mahu menjawab tapi setelah didesak barulah dia menyampaikan hajatnya. "Wahai Amirul Mukminin, sebenarnya saya datang ke sini untuk mengadukan masalah isteri saya yang suka membantah dan cerewet. Akan tetapi sebaik saja saya sampai di sini, saya mendengar isteri Amirul Mukminin sama saja dengan isteri saya suka membantah dan cerewet. Maka saya pun berkata pada diri sendiri: "Jika keadaan Amirul Mukminin dengan isterinya seperti itu juga, apatah lagi drngan keadaanku." kata orang itu. Mendengar itu, Saidina Umar berkata: "Wahai saudaraku, saya terima isteri saya itu kerana dia banyak jasanya kepadaku. Dia sebagai tukang masak makananku, membasuhkan pakaianku dan menyusukan anak-anakku. Padahal kalau dikirakan semua itu adalah menjadi tugasku. Selain itu, dia juga telah dapat menahan hatiku dari berbuat haram. Oleh itu, aku redha dengan sifat cerewetnya." Kemudian lelaki itu berkata: " Keadaan isteriku demikian juga. Jadi kalau begitu akan aku tanggung sajalah semua ini. Hidup di dunia ini pun tidak lama.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment