Suatu Hari Amirul Mukminin Khalifah Umar Al-Khattab sedang berjalan-jalan di padang tempat mengembala binatang ternakan dan melihat seorang hamba badwi yang masih dalam usia kanak-kanak (ghulam) sedang mengembala kambing. Umar menghampiri ghulam tersebut untuk bertanya sesuatu dan menguji keimanannya. Kebetulan si ghulam tidak kenal kepada Amirul Mukminin. "Wahai ghulam, kambing siapakah yang engkau gembalakan itu?" tanya Umar. "Kambing tuan saya" Jawab si ghulam. "Ada di mana tuanmu?" "dia berada disebalik dua bukit itu" jawab si ghulam lagi. "apakah tuanmu tahu jumlah kambing yang engkau gembalakan ini?" tanya Umar. "tidak tahu" kata ghulam. kemudian Umar bertanya lagi. "kalau kambingmu itu di makan oleh serigala, apakah tuanmu mengetahui?" jawab si ghulam, "tidak akan tahu". "kalau kambingmu hilang seekor, apakah tuanmu tahu?" tanya Umar. "tidak akan tahu." balas si ghulam. "nah, kalau begitu juallah seekor kepada saya dan ini wangnya" kata Umar. "tidak boleh" kata ghulam. "mengapa tidak boleh? tuanmu kan tidak tahu. tanya Umar. "walaupun tuan saya tidak mengetahuinya tapi Tuhan kepada tuan saya melihatku. Di mana Tuhanmu?" jawab ghulam dengan tegas.
Mendengar itu mengalirlah air mata Umar kerana sangat terharu akan kejujuran si ghulam.Beliau sangat kagum akan kekuatan iman budak badwi itu. Sambil memuji Allah, Umar menepuk bahu si badwi dan memberitahu bahawa dirinya adalah Amirul Mukminin yang hanya sekadar ingin menguji keimanannya saja. Umar meminta maaf kerana apa yang dilakukannya hanya sekadar ingin melihat keimanan rakyat yang dipimpinnya. Si Badwi pun gembira dikunjungi oleh Amirul Mukminin di tempat kerjanya.
No comments:
Post a Comment