Nabi Allah Musa a.s bersama sekelian umatnya telah diselamatkan oleh Allah S.W.T daripada penindasan dan pengejaran Firaun. Sekarang mereka telah berkumpul di sebuah tempat bernama Padang Tih. Dari situ Nabi Musa a.s memerintahkan umatnya agar memasuki bumi Palestin yang ketika itu sedang diduduki oleh suatu kaum yang ingkar kepada Allah S.W. T. Bumi tersebut telah dijanjikan oleh Allah kepada umat Nabi Musa. Akan tetapi mereka pengecut, penakut, malas dan tidak mahu berjuang.
"Wahai kaumku, masuklah kamu sekalian ke dalam tanah suci yang telah ditentukan oleh Allah untukmu" kata Nabi Musa. "Kami tidak mahu memasuki negeri itu kerana di dalamnya ada kaum yang kejam dan bengis. Jika mereka keluar, barulah kami memasukinya." kata mereka membangkang. Nabi Musa sangat sedih mendengar bangkangan dari kaumnya itu. Dari sekian ramai umat itu hanya dua orang saja yang berjiwa berani, sanggup berjuang membela kebenaran. "Mengapa kita mesti takut? Marilah kita masuk berjuang! Jika kita bertawakal kepada Allah, nescaya kita akan mendapat kemenangan." kata dua orang yang berani itu. Akakn tetapi mereka telah terbiasa dengan jiwa perhambaan selama beratus tahun ketika berada di Mesir, tetap berjiwa pengecut dan penakut. Bahkan mereka tergamak memperli Nabi Musa dan Allah sambil berkata, "Wahai Musa! sekali-kali kami tidak mahu memasukinya selama mereka masih ada di dalamnya. Pergilah engkau bersama Tuhan engkau berperang melawan mereka. Kami akan duduk sahaja di sini sambil memerhatikan engkau berperang." Nabi Musa sangat marah mendengar perkataan kaumnya yang telah sangat melampau itu. Akan tetapi beliau masih dapat mengawal dirinya dari bertindak kasar. Beliau hanya mengadukan sahaja masalah kaumnya kepada Allah S.W.T. Sebagai balasan kepada kaum yang ingkar itu, Allah telah mengharamkan mereka dari memasuki tanah suci yang dijanjikan itu selama 40 tahun. Selama 40 tahun itu pula, mereka dihukum tidak dapat keluar dari kawasan padang Tih. Jadilah mereka sebagai umat yang bingung tanpa tujuan, tidak tahu bandar, tidak dapat melihat dunia luar, melainkan hanya mundar mandir dan berpusing-pusing di kawasan itu saja selama 40 tahun. Ada yang menceritakan bahawa apabila sesetengah mereka cuba berjalan ke arah barat untuk keluar dari kawasan itu pada waktu pagi, tiba-tiba muncul disebelah timur lagi waktu petangnya. Ada pula yang keluar dengan menuju ke arah timur, tiba-tiba sampai di tempatnya semula. Begitulah setiap kali mereka berjalan untuk keluar dari kawasan itu, tiba-tiba berada di tempatnya semula. Akhirnya habis generasi mereka mati di padang Tih itu kecuali beberapa orang saja.
Tuesday, December 14, 2010
Thursday, December 9, 2010
Harga Saya Terlalu Murah
Ada seorang sahabat bernama Zuhair yang tinggal di pergunungan, sering memberi hadiah kepada Nabi S.A.W dengan barang-barang yang dihasilkan di kampungnya. Nabi S.A.W membalas setiap hadiahnya. "Zuhair orang gunung kami, dan kami orang kotanya," kata Nabi S.A.W.
Zuhair yang pandai bersyair itu, suatu hari pergi ke pasar Madinah dan berdiri di sana sambil melihat-lihat. Tiba-tiba ada seseorang memeluknya dari belakang dan dia terperanjat dibuatnya. "Siapa mahu membeli hamba ini?" kata orang yang memeluknya. Ternyata orang yang memeluknya adalah Rasulullah S.A.W, maka Zuhair pun bukan main gembira. "Saya terlalu murah untuk dijual, kerana kurus" kata Zuhair. "Engkau mahal di sisi Allah", Kata Nabi S.A.W.
Zuhair yang pandai bersyair itu, suatu hari pergi ke pasar Madinah dan berdiri di sana sambil melihat-lihat. Tiba-tiba ada seseorang memeluknya dari belakang dan dia terperanjat dibuatnya. "Siapa mahu membeli hamba ini?" kata orang yang memeluknya. Ternyata orang yang memeluknya adalah Rasulullah S.A.W, maka Zuhair pun bukan main gembira. "Saya terlalu murah untuk dijual, kerana kurus" kata Zuhair. "Engkau mahal di sisi Allah", Kata Nabi S.A.W.
Di Mana Tuhanmu?
Suatu Hari Amirul Mukminin Khalifah Umar Al-Khattab sedang berjalan-jalan di padang tempat mengembala binatang ternakan dan melihat seorang hamba badwi yang masih dalam usia kanak-kanak (ghulam) sedang mengembala kambing. Umar menghampiri ghulam tersebut untuk bertanya sesuatu dan menguji keimanannya. Kebetulan si ghulam tidak kenal kepada Amirul Mukminin. "Wahai ghulam, kambing siapakah yang engkau gembalakan itu?" tanya Umar. "Kambing tuan saya" Jawab si ghulam. "Ada di mana tuanmu?" "dia berada disebalik dua bukit itu" jawab si ghulam lagi. "apakah tuanmu tahu jumlah kambing yang engkau gembalakan ini?" tanya Umar. "tidak tahu" kata ghulam. kemudian Umar bertanya lagi. "kalau kambingmu itu di makan oleh serigala, apakah tuanmu mengetahui?" jawab si ghulam, "tidak akan tahu". "kalau kambingmu hilang seekor, apakah tuanmu tahu?" tanya Umar. "tidak akan tahu." balas si ghulam. "nah, kalau begitu juallah seekor kepada saya dan ini wangnya" kata Umar. "tidak boleh" kata ghulam. "mengapa tidak boleh? tuanmu kan tidak tahu. tanya Umar. "walaupun tuan saya tidak mengetahuinya tapi Tuhan kepada tuan saya melihatku. Di mana Tuhanmu?" jawab ghulam dengan tegas.
Mendengar itu mengalirlah air mata Umar kerana sangat terharu akan kejujuran si ghulam.Beliau sangat kagum akan kekuatan iman budak badwi itu. Sambil memuji Allah, Umar menepuk bahu si badwi dan memberitahu bahawa dirinya adalah Amirul Mukminin yang hanya sekadar ingin menguji keimanannya saja. Umar meminta maaf kerana apa yang dilakukannya hanya sekadar ingin melihat keimanan rakyat yang dipimpinnya. Si Badwi pun gembira dikunjungi oleh Amirul Mukminin di tempat kerjanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)